Wednesday 31 March 2010

masalah sendiri

aku selalu impikan yasmine cepat belajar..ntahla..maybe naluri semua mak la ni..padahal aku tau dalam umuq dia yang baru 2 thn 5 bulan sebenarnya itu hak dia la nak bermain puas-puas...tapi aku ni kekadang tak puas hati..suka gak paksa..apalagi marah la cik putih ni...macam mana ya..maklum aku kekdg azam kuat sgt2...dulu aku umur dia rasanya tak kenai lagi apa2..tah tah main kat perdu pisang atau kat longkang..dia skang aku dah bg colour n kenai alif ba ta...sian...dia tidoq baru aku rasa kesian..maklum dia jrg pi playground..bukan apa kalau pi tak reti nak balik..jd dlm umah aku pasang ja barney...upin-ipin...iqra...dora...mustang mama...sian dia...

Sunday 28 March 2010

sedihnya..kenapa anak tak berdosa jd mangsa

Ibu muda mengaku tinggal budak 4 tahun di gerai

ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, kelmarin mengaku dia adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditinggalkan di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dekat sini, dua minggu lalu.
Wanita itu yang positif dadah mengaku dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun. Dia juga mendakwa, bekas suaminya yang juga seorang penagih dadah mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga RM2,000.

“Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu, saya membawa anak lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.

“Bagaimanapun apabila kembali semula beberapa jam kemudian saya dapati gerai itu sudah tutup dan anak saya juga tiada di situ.

“Saya hanya mengetahui mengenai anak saya selepas terbaca dan ternampak gambarnya dalam akhbar,” katanya ketika ditemui selepas ditahan di Balai Polis Kuala Kedah, petang kelmarin.
Dia adalah antara 50 penagih yang ditahan dalam Ops Tapis yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, kelmarin.

Pada 17 Mac lalu, akhbar ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki ditinggalkan ibunya di kedai makan di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra.

Kanak-kanak malang itu masih nyenyak tidur ketika ditinggalkan ibunya dengan alasan mahu ke Pekan Air Hitam, di sini, kepada pemilik gerai yang ketika itu baru mahu memulakan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas hampir dua jam, kelibat ibu kanak-kanak itu tidak kelihatan. Kanak-kanak itu kemudiannya ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau, Perlis.

Sementara itu, ibu tunggal berkenaan yang kini hamil tiga bulan dan mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lima bulan mengaku mula mengambil dadah jenis syabu dan ganja sejak berusia 13 tahun selepas diajar rakan ketika berkunjung ke sebuah kedai makan di Jalan Putra, di sini.

Dia yang berasal dari Kampung Kejai, Kuala Nerang, berkata berkahwin pada usia 17 tahun dengan bekas suaminya yang turut mengajarnya mengambil dadah jenis heroin melalui suntikan.

“Sejak menggunakan suntikan saya semakin ketagih dan sehingga kini pernah mengambil suntikan di lengan, leher dan di paha,” katanya.

Dia yang kini bekerja sebagai pemotong ikan di pelantar siput itu juga mengakui anak keduanya mengalami kesan ketagihan akibat pengambilan dadah ketika mengandung.

masih lagi mood berjimat




haha..ya ka..tersgt ya kerana mummy yasmine perlu memenuhi cita2 yang belum tercapai...takpa tak rugi apa2 pun selagi kita mencapai matlamat kita ka..selama ni byk sgt kecairan berlaku..

so sabtu ahad hanya melepak di rumah tgk tv dan juga berbaring2 dgn yasmine sesambil membaca buku kat dia...menconteng segala macam mak nenek..ala expression bebudak...mandi kolam dgn dia pagi dan ptg also joging ja dgn yasmine...malam g tgk daddy main bola jer...arap2 bertahan la ketahanan bdn daripada pergi memana sehingga maltlamat yang satu ni tercapai...

Thursday 25 March 2010

luahan perasaan

pagi td hanyalah luahan perasaan yang kini telah di lupakan selepas semayang zohor dan selepas melihat muka anak yang memahami mak dia kerja untuk cari rezeki ...kan ke ujian itu hanyalah kecik..

itu ini begitu begini..

sepanjang kerja kat sini ada la benda yang aku tak happy :

aku perasan org yang gred 48 suka membalacikan kami yang 41/44 dari segi final decision cthnya nak gubal kurikulum..nak upgrade bengkel..nak upgrade modul..seumpanya yang jd pukul 2.40 semalam..ada ka patut kita pi sana nak dgr taklimat pemetaan..tetiba dia suh kita setuju ja as a desk officer dgn dia nya proposal nak menjadikan kurikulum elektrik menjadi sistem teknologi..hello makcik @ cik puan oi...langsung tak relevan..aku nyer qualification electrical..n i dont know spth haram pasal firewall...etc ni..takkan sesenang hati aku nak sign ke apa jadahnya...n lagik satu jgn ingatkan saya ni org bwhan yang bukan gred 48 macam awak saya ni nak patuh sgt ya..sekali sekala saya memg akan jd jebat yang menderhaka..saya tak nak cikgu cikgu saya..mak bpk anak murid saya..anak bangsa saya mencaci saya sampai saya mati...jgn kerana kita syok nak glemerkan diri kita pada org atasan kita buat satu keputusan yang dalam 1 hari saja kita meeting...yang saya pelik puan tahik lalat oi kenapa puan tak panggil cikgu2 opsyen kami electical engineering ni berbincang dulu...awat kami ni yang br 7 8 thn kerja ni tak cukup pengalaman macam hampa semua ka..

balik umah pun tido tak nyenyak...aku pulak rasa bersalah pasal terinvolve benda2 gini...sian aku kan..huhu...bukan apa maklum aku ni bukan pegawai besar sebesar kuasa makcik tahi lalat tu...jap g kul 9 kena pi lagi skali..apa la aku nak ckp ni..aku bukan org yang suka tonjolkan diri makcik oi...jd sat g kalau aku ckp hang pulak akan meluat kat aku..tkpa la..at least aku mewakili kengkawan yang akan menjadi mangsa kuasa korang ni try la jugak defend subjek kami ni...

sedihkan...ni kan aku punya opsyen dulu...

Wednesday 24 March 2010





- gambar cik putih pas dia tumpahkan mamex gold...huh geram btoi

- outdoor photoshoot ngan my brother...tersgt susah

* skang dah pandai complain cik putih..nak aja mummy cubit mulut ada ka patut kata complain umah org kotor..umah kita pun bukan sgt bersih...ikut %^&* lah...2 3 arini asyik kena cubit ja pasal tak sayang mulut..

Tuesday 23 March 2010

malas

tsgt malas...benci...geram marah..ntah la byk sgt...tkpa dr fazilah kamsah kata kalau ki maafkan org insyaallah ganjaran lebih besar kita dpt...

Monday 22 March 2010

setiap yang hidup pasti mati..

terasa takut bila dgr ada org meninggal lebih lebih lagi pada umur yang muda..macam aku ni..yalah 20-30 an pada aku masih sgt muda..kita baru nak merasa bg belaian kasih sayang pada anak..baru nak berbakti pada mak bapak...semoga apa yang aku cita2kan akan tercapai kalau dipanjangkan umur...mohon dipanjangkan umur la..dikurniakan kesihatan yang baik...

thn lepas adik ipar aku meninggal pada umur yang muda 28 thn...meninggalkan anak yang umur pada masa itu hanya 8 bulan...ni semua sedikit sebanyak mengingatkan aku la pada umur kita yang sebenarnya pendek...kesian anak...

tp org kata mati mak lagi menyedihkan pasalnya kasih sayang mak melimpah ruah..kasih sayang ayah memg melimpah ruah...tp kalau dah kawin lain mcm mana kan..hehehe..takpa la itu semua takdir tuhan..plg penting sekurang kurangnya kita berdoa setiap hari di panjangkan umur kita..

Sunday 21 March 2010

ari ahad


baring baring dgn yasmine...ini la aktiviti wajib ari ahad..mummy tak suka kuar ahad...suka kuar sabtu..ahad hari untuk rehat kat umah

away


gambo sila kawin


almost 4 days gak aku away from internet..no facebook..baca blog gegosip...tgk rumah2 idaman...bgs gak takdak benda ni semua..yang ada upin ipin sesaja...barney..iqra'...word world...etc yang sewaktu dgn yasmine..

ari khamis pecut keta baru daddy yasmine yang mummy pinjam huh...ok la gak balik perlis selaju mungkin takut termiss kawin sila..my officemate...makan kenduri sedap gak..ada kurma,,,rojak... bubur pulut itam..gulai ikan..kerabu..kenduri kg memg la aku suka..truly speaking aku tak minat lauk katering...tak fresh..cewah...

Sunday 14 March 2010

huhu cuti sekolah..





wah wah kalau 2 thn lepas aku la manusia paling happy cuti sekolah...5 thn di simpang beluru kuala kangsar takdak satu cuti pun aku menetap kat sana even masa i2 aku dah kawin..kawin pun mesti aku terdas balik perlis..ya aku seorang pencinta negeri perlis kekawan yer...so bila dpt pindah kl aku tetiba lak masuk kat sini ilang dah nikmat cuti...huhu...tkpa ni pilihan aku sendiri..

so last weekend mak cik putih pun pi la cuti2 dgn bujet ala ala jer la ...maklum ari rabu nk balik perlis lak..bwk anak pi bercuti adalah nikmat..masa plg emas la ktkan..maklum daddy cik putih susah nak cuti...tak macam mummy cik putih..kerja kerajaan...bgs lah kerja kerajaan kan...heheh..

Thursday 11 March 2010

apa ada pada nama

Nama-nama juga amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan dan berwibawa. Manakala nama anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut dan terpelihara, mencantikkan maruah diri.

Selepas anak-anak diberi nama yang baik, susulkanlah pula dengan didikan yang bersesuaian dengan nama yang diberi. Kalau Muhammad dibesarkan dengan cara musuh Muhammad, akan lahirlah di akhir zaman Abu Lahab dan Abu Jahal bernama Muhammad. Naudhubillah.

Amat terhiris, bertemu dengan nama-nama yang mulia, berdansa di pentas maksiat. Jika “Hidayah” mempromosikan “Jahiliah”, apalah yang ada pada sebuah nama!

pembelian yang sgt berbaloi..



<

ini lah pembelian yang sgt berbaloi..tk bleh memahal dah skang...

Wednesday 10 March 2010

keputusan periksa..dan mak cik putih


suka posing diva makcik ni..

entry 1:

masa aku nak amik result ya allah puny la dup dap sgt perasaan..alhamdulillah...mak aku tersgt happy..kirap enat lelah dia tersgt berbaloi...

entry 2 :

masa aku jd cikgu..huh sama la perasaan aku..maklumla kalau budak tak berjaya..memg aku frust..terutamanya kelas yang depan2...kelas belakang dikira lulus adalah sgt baik...

entry 3 :

aku sgt sgt berharap nanti kegembiraan mak aku akan berpanjangan pada aku semoga puteri aku yang sorang berjaya juga dan tak melupakan mummy dia sebagaimana aku ingat pada mak aku tiap saat..

iktibar dari cerita ni...mmm...semoga aku dpt didik cik putih sebagaimana ibu bapa lain yang berjaya didik anak menjadi anak yang sempurna dunia dan akhirat..amin...

Tuesday 9 March 2010

cerita 2 ari lepas

its all about money...this week have to:
1. servis kereta
2. bayar bil maxis yang tersangat byk ..tak tau sapa guna..me or my hubby
3. byr bil yang semacam jer byk

aduhai ini lah dugaan setiap bulan..kalau dok kerja kampung mesti takdak bebanan macam ni..naik ja gerek pi motong getah...tak yah pakai telefon...macam mak aku senang utang pun tak dak..idup penuh keberkatan..jual kuih 2 kupang ja..tp kalau tak kerja mcm skang maybe aku pun rasa idup aku susah kot..huhu..manusia jrg sgt bersyukur

Sunday 7 March 2010

ranjau berliku


sedapkan nampak aiskrim kat pizza ni..tp hampeh nampak je sedap


tajuk hampeh sesaja...bukan apa dimulakan dgn lepak dirumah..kalau byk bujet jd lain la..tak dak la ranjau ni..dek kerana bujet yang sgt ciput...tgk wayang ja ari sabtu..aduhai cian nya diri mak cik puteh ni la..huhuh...

cik puteh lak ditinggalkan ja kat umah walaupun berat rasa hati nak tinggal g2..tkpa last week dah g bwk dia kuar jejalan makan2..next week mummy ada projek besar...heheeheh...

Wednesday 3 March 2010

2 tahun 5 bulan




kekdg ada seseorang yang akan menyakitkan hati kita dgn kata anak orang ni orang ni dah boleh cakap dengan tidak pelat, dah pandai beritahu ini ini...aduhai hello makcik that budak yang u maksudkan lahir bulan 4 that means tua skit dari my doter...yet mana ada budak dia nyer perkembangan sama la "makcik" n jgn compare plzzzz....my mom dia tk penah compare we all tau..even dia nya 6 cucu lain pun tak compare...aku ni byk gak la baca parenting tips...aduhai makcik punya anak semua menjadi ker?

2 thn 5 bulan ni yasmine dah kenal alif ba ta...sampai wau baru...hehehe..dua hari baru fully iqra dgn dia...ala cd yang ajar..mummy dia ajar bukan nak ikut sgt..dia ajak main ajer...hehehe...byk jugak dah vocab dia skang ni..walaupun pelat...aku kira dah ok la..aku pun tak nak push sgt..biar dia learn from dia nya environment...suka lukis fish ( fish ker) eheheh...lukis muka daddy...tersangat suka sing...byk gak la activities we share together..painting...craiting clay..mummy pun tk nak dgr sgt org tua tu compare apa2...ala anak dia pun bkn jd orang sgt...MOTIF..entry yang tersangat emo...hehehe...

Tuesday 2 March 2010

ARJUNA- DEWA

sudah kudaki gunung tertinggi
hanya untuk mencari dimana dirimu
sudah kujelajahi isi bumi
hanya untuk dapat hidup bersamamu

sudah kuarungi laut samudera
hanya untuk mencari tempat berlabuhmu
tapi semakin jauh kumencari
cinta semakin aku tak mengerti

reff: akulah arjuna yang mencari cinta
wahai wanita cintailah aku

mungkin kutemui cinta sejati
saat aku hembuskan nafas terakhirku
mungkin cinta sejati memang tak ada
dalam cerita kehidupan ini


ini lagu yang aku suka sgt tak tau pasai apa...sgt puitis..byk org tanya tp aku takdak la jawapan..cuma aku rasa sedap telinga aku dgr...


lagu khas dari cik putih pulak untuk mummy dia aku rasa lagu ni

ibu ibu engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu
ibu
ibu

ni lah lagu yang dia suka nyanyikan pada mummy dia kalau mummy baring-baring n sambil bawak keta..sungguh touching la...

feeling cinta..

feeling cinta ni huh kalau budak-budak remaja yang rasa lebih pada suka-suka..tp kalau takdak feeling cinta maka rosakla hidup ni...macam budak kena dera sampai mati tu..mak dia mungkin terlalu cinta kan laki tu melebihi anak sendiri..mmm..maybe la..kalau aku salah sowi...